SMA HANDAYANI

SMA HANDAYANI

Rabu, 24 November 2010

Selamat Hari Guru

Tidak ada manusia yang pandai sendiri tanpa ia berguru dengan seseorang ataupun dengan sesuatu sumber. Secara logiknya, seseorang itu menjadi pandai kerana ia belajar dan bila disebut belajar, ia mestyi melalui sumber tertentu ataupun dengan seseorang guru.
Pandainya seseorang itu belajar, ia adalah disebabkan adanya guru yang memberitahu kepadanya, mendidik dan memberi panduan kepadanya. Tanpa guru, mustahil dia boleh menjadi pandai. Rasulullah SAW, seorang insan yang dipilih dan diberi keistimewaan oleh Allah SWT pun ada gurunya. Baginda berguru dengan Jibrail AS di Gua Hira. Jibrail AS yang bertindak menjadi guru dan mengajar Rasulullah SAW membaca Kalamullah pertama yang dizahirkan iaitu “Iqra”. Demikian juga dengan para Nabi dan Rasul yang lain, mereka juga mempunyai guru atau sumber perantaraan untuk menerima ilmu dan wahyu daripada Allah SWT. Nabi Musa AS sebagai contohnya, berguru dengan Nabi Khidhir AS yang memberi tunjuk ajar kepada Nabi Musa AS sehingga Nabi Musa AS mengerti dalam segala hal tentang ilmu dan perguruan.
Kesimpulannya di sini, seseorang yang mahu menjadi cerdik, pintar, bijaksana malah untuk mengenali diri sendiri dan Allah SWT, seseorang itu perlu belajar. Dia haruslah mencari seorang guru yang akan bertindak menjadi petunjuk, pembimbing, pemandu, penasihat dan pembantu kepada perkembangan ilmunya. Tanpa guru, dia pasti tidak akan pandai atau mengetahui tentang sesuatu. Mustahil seseorang itu pandai dengan sendirinya. Tidak ada seseorang insan yang dilahirkan ke dunia ini terus cerdik dan mengerti tentang dunia ini. Semuanya terlebih dulu kena ditunjuk, diajar, dikembangkan, dibimbing dan seterusnya barulah seseorang itu pandai dan tahu. Apabila disebut guru pula akan terlintas di benak kita tentang manusia pada umumnya yang boleh menjadi guru kerana ia makhluk yang sempurna namun anggapan itu terlalu umum.
Memanglah sebaik-baik guru itu manusia kerana manusia itu adalah sebaik-baik kejadian. Tetapi dalam pada itu kita harus sedar bahawa tanpa bantuan makhluk lain, manusia juga tidak boleh menjadi pandai dan mengerti dalam segala hal. Allah SWT menjadikan makhluk ini untuk saling kenal mengenali di antara satu sama lain. Dalam hal ini bolehlah kita menganggap bahawa setiap makhluk yang wujud dalam dunia ini merupakan sumber pengetahuan ataupun sebagai alat untuk kita mengenali sesuatu. Maksud firman Allah:
“Aku jadikan manusia ini bersuku bangsa, untuk mengenali di antara satu sama lain untuk kau mensyukuri nikmat-Ku”.
Sesuai dengan kedudukan manusia sebagai makhluk yang istimewa, maka sudah sewajarnya manusia menjadi guru kepada sekalian makhluk yang lain. Binatang sebagai contohnya memerlukan tunjuk ajar daripada manusia untuk menjadi cerdik (bagi mereka yang sukakan binatang untuk menjadi binatang peliharaan). Manakala tumbuhan perlukan bantuan manusia untuk hidup dengan subur dan selamat (memberi baja, menyiram dan sebagainya). Tidak dinafikan juga, manusia memerlukan orang lain sebagai sumber untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.
Di sini menunjukkan kepada kita bahawa apa yang bernama guru itu tidak semestinya manusia semata-mata malah seluruh isi alam ini bertindak menjadi guru. Pemberi ilham dan pencetus penafsiran kepada diri kita untuk mengenali sesuatu kejadian itus ecara yakin dan nyata lagi. Tanpa bantuan alam maya ini dan makhluk lain, manusia tidak mungkin dapat mengetahui semua sekali baik tentang dirinya sendiri atau isi alam ini. Dalam sebuah hadith, Nabi SAW ada bersabda:
“Barangsiapa belajar tanpa berguru, umpama ia belajar dengan syaitan”
Maksudnya di sini, mereka yang belajar tanpa panduan dan ikut rasa hati sendiri akan mudah tersesat dan terpesong dari lunas-lunas kebiasaannya.
Justeru, untuk menjadi manusia yang baik, sempurna dan berada di landasan yang benar, maka hendaklah berguru. Manusialah sebaik-baik guru, yang dilahirkan bagi memberi petunjuk, pemimpin, pembimbing dan pengasuh kepada seluruh isi alam ini.
Maksud firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah, ayat 30:
“Dan Aku jadikan manusia untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini”

1 komentar:

  1. Selamat hari Guru buat semua guru2 yang telah berjasa memberikan ilmu serta pendidikan kepada siswa hingga berhasil...terimakasih guruku yang berjuang tanpa tanda jasa...!!!

    BalasHapus